Tuesday, 24 April 2012

10 Ciri Lelaki Kasanova



Tips ini khas untuk kaum perempuan, agar kita dapat membuat penilaian di minda supaya tidak terlalu mencintai membabi buta & kabur dalam menilai seorang lelaki yang hanya mempermainkan cinta dan kata-kata.



1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya.

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.

3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.

4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, dia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu. Tetapi dia memang peramah dengan semua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. Tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.



10 Ciri Ciri Perempuan Pisau Cukur Atau Kaki Kikis






Pisau Cukur! Jangan terperanjat, ini bukan suatu gurauan! Perkara ini memang selalu berlaku dikalangan kita. Perempuan pisau cukur sebenarnya cukup pandai bermain dengan perasaan dan menangguk di air yang keruh. Peliknya si lelaki pula seakan tidak kisah dan sanggup mengeluarkan wang demi kekasih hatinya! Kononnya demi cinta yang tulus ikhlas terhadap teman lelaki.

Untuk si wanita, anda digalakkan juga membaca info ini setidak-tidaknya jika ada adik lelaki atau abang anda, bolehlah tahu serba sedikit sama ada teman wanita mereka kaki kikis atau tidak? Jom kita kenali ciri-ciri wanita agak-agak gedik disamping “mangsa” yang akan dicukur.


  • Di awal perkenalan si dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya
  • Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya cepat mesra dengan lelaki yg baru dikenali dan bijak bermain dengan kata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki menunaikan setiap permintaannya
  • Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. Ini bagi menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya lakonan semata-mata. Di awal perkenalan kalau anda serius hendak menjalinkan hubungan dengan wanita idaman hati rajin-rajinlah bertanya teman rapat dia bagaimana lifestyle dan perbelanjaan dia
  • Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair. Seksi dalam konteks ini ialah dari segi penampilan mereka. Wanita-wanita ini akan gunakan senjata “keseksian” mereka untuk menjerat lelaki
  • Biasanya perempuan pisau cukur ni mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki
  • Mulalah minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. Tetapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta topup, kemudian minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. Tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan
  • Tidak ada perasaan cemburu dan dalam masa yg sama tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat
  • Mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju, mereka ini sering mengajak anda ke tempat bershopping and sangat gemar bersosial tidak tentu hala, sila berjaga-jaga pasti duit anda akan melayang
  • Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun anda sudah berkawan dengannya hampir 6 bulan, tetapi anda masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak dan berdalih
  • Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi, dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. Tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas

Wahai lelaki..! Semoga info dan tips yang diberikan, anda dapatlah bersiap sedia agar anda boleh bertindak sebelum anda dihanyutkan dek pujuk rayu wanita jenis pisau cukur ni.


Wahai wanita,! Berubahlah. Jangan jadi materialistik. Jangan jadi kaki kikis. Jangan jadi pisau. Kita hidup dan berbelanja biarlah dengan kemampuan kita. Kalau rasa diri sendiri tidak mampu, jangan cari ‘mangsa’ untuk ‘memampukan’ keinginan kita yang tinggi tu. Segala anugerah Tuhan kepada mereka disalahgunakan untuk mencari jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.



Monday, 23 April 2012

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT







KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.







Friday, 20 April 2012

My Friend Are Awesome~



My BEST FRIEND is the one
who brings out the best in me .



Real friend are always going to be 
there by your side , 
even at times 
when you tell 
them to leave .



Goooooood Friend are hard to find ,
hard to leave ,
and impossible to forget .



A good friend 
knows all your best stories .
A best friend
has lived them with you .



if you laugh really loud talk spontaneously . and you don't care what your face looks like . . 
YOU'RE PROBABLY .














We need old friends to help us
grow old and new friend to
help us stay young .


STRANGERS
think i'm quiet
MY FRIEND
think i'm out-going
MY BESTFRIEND
know that i'm completely insane !


A true friend can see your tears pouring , 
while OTHER believe the smile you're faking .


LOL


I am  good
but not an ANJ EL ,
 i do sin , but i am not the DEVIL
I am just a SMALL GIRL in a BIG WORLD
trying to find someone to LOVE .


IF YOU DON'T UNDERSTAND MY SILENCE ,
 how will you understand my world ?





Happiness is a perfume
 you cannot pour on others
 without getting a few drops 
on yourself <3
                                                                             Ralph Waldo Emerson





Thursday, 19 April 2012

4 LELAKI YG DTARIK KE NERAKA


Pertama: Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua: Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.



MAAFKANLAH MEREKA





Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian. Seringkali senyuman kita kehilangan serinya, tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan cahayanya setiapkali kita bertembung wajah dengan mereka. Bahkan ada yang begitu dengki dan sengaja menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita.

Ya, inilah sebahagian dari warna warni hidup kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih matang jika kita mampu menyikapinya dengan betul.

Apa perasaan kita berdepan dengan golongan ini, walaupun bilangannya mungkin tidak begitu ramai? Apa pula perasaan kita jika yang sering menyakitkan hati kita itu ialah orang-orang yang begitu hampir dengan kita?
Bagi saya, tidak ada yang lebih baik selain memberi KEMAAFAN. Ya, MAAFKAN MEREKA agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN MEREKA sehingga kebencian tidak lagi mampu mencemarkan keindahan budi atau merubah rupa jiwa kita. MAAFKAN MEREKA agar kita mampu tersenyum melihat kehidupan.

Adakah kita merasakan kebencian kita itu menguntungkan kita atau akan merugikan mereka? Apa yang kita dapat dari kebencian itu kalau bukan keserabutan jiwa, kemarahan yang meluap-luap dan terusirnya ketenangan dan kedamaian dari hati nurani kita? Bahkan setiapkali kebencian mula bertahkta dan menguasai hati maka hati kita itu akan makin keras, gersang, kasar dan merosak air muka kita. Hingga akhirnya dunia yang begitu luas terasa begitu sempit, hidangan yang lazat hilang kenikmatannya dan tidur kita tidak lagi merehatkan jiwa kita untuk mendepani hari baru. Jadi, nyatakan pada saya, apa untungnya kebencian dan kemarahan kita itu kalau bukan menambahkan penderitaan keatas penderitaan yang sudah sedia ada?

Jadi, MAAFKAN MEREKA kerana dalam kemaafan kita itu Allah SWT menjanjikan keampunan. Bukankah dosa-dosa kita masih terlalu banyak sedangkan kematian sering mengintai kita disetiap simpang siur kehidupan. Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia. Apalah gunanya bagi umur yang bertambah tetapi dosanya tidak berkurang. Apa yang kita harapkan dari kehidupan begini?

MAAFKAN MEREKA kerana kita juga sering membuat kesalahan dan setiapkali kita membuat kesalahan, kita begitu rindu dan mengharapkan orang lain menyikapi atau menghadapi kelakuan buruk kita dengan baik bahkan menasihati kita dengan penuh hikmah. Kenapa apabila orang lain melakukan kesalahan kepada kita, kita lalu marah-marah dan pamerkan wajah yang buruk dan penuh kebencian.

MAAFKAN MEREKA, agar jiwa kita menjadi lembut bahkan membuahkan kesabaran dan kepasrahan hingga kita mampu mengukirkan kesenyuman dari relung hati kita yang paling dalam. Biarkan kemaafan itu menghiasi jiwa kita dengan bunga-bunga kecintaan dan kasih sayang hingga mereka tertunduk hormat dan malu kepada kita.

Pernah satu ketika, jiwa saya begitu menderita ketika menghadapi salah seorang dari orang atasan saya. Dia merasakan dirinya yang paling benar. Dia bukan sekadar menolak pandangan orang lain bahkan tidak memberikan ruang untuk pandangan itu dikemukakan. Sedangkan apa yang dilakukannya terlalu salah, buah fikirannya sudah ketinggalan zaman dan cara pengurusan kerjanya sudah terlalu usang dan antik walaupun dari satu sudut saya yakin dia begitu ikhlas dalam kerjanya. Tidak sesiapa yang selesa mengemukakan pandangan kepadanya apatah lagi menegur kesalahannya walaupun kesalahannya terang lagi bersuluh. Bahkan tingkahlakunya sering menjadi buah mulut rakan sekerja.

Jiwa saya begitu menderita. Setiapkali ingin menyuapkan makanan kemulut lalu terpandang wajahnya selera makan saya hilang serta merta. Setiapkali saya pejamkan mata untuk tidur, wajahnya sering muncul dan bermain dalam fikiran saya. Ketika berehat seringkali minda saya mengangankan saat-saat saya berhujah dengannya dan dia menyikapi dengan sikap dingin dan keras kepala hinggakan angan-angan itu menjadikan jiwa saya dililit kegelisahan dan kemarahan. Ya, berbulan-bulan saya hilang kenikmatan jiwa ketika menginjakkan kaki di tempat kerja.

Jiwa saya terus menderita hinggalah saya menemui penawarnya yang begitu mujarab iaitu KEMAAFAN. Saya katakan pada diri saya, kenapa saya harus membencinya. Dia telah lakukan yang terbaik dengan apa yang dia faham, walaupun mungkin caranya salah tetapi itu yang dia faham dan tentang keikhlasannya, Allah yang lebih mengetahui. Kenapa saya harus membencinya sedangkan kebencian saya tidak akan menjadikan dirinya betul atau membetulkan keadaan yang salah. Kenapa saya harus membencinya sedangkan setiap manusia memikul beban dosa yang begitu banyak dan saya sendiripun tidak terlepas daripadanya. Bahkan apabila tua nanti mungkin saya akan akan lebih teruk daripadanya dan orang lain akan lebih membenci saya.

Lalu saya pejamkan mata saya, saya suarakan hati saya pada Allah yang Maha Mengetahui; Saksikanlah ya Allah, aku maafkannya dan aku juga mengharapkan keampunanMu. Saksikanlah ya Allah, aku kasihkannya kerana aku tahu dia ikhlas beramal untuk keredhaanMu. Walaupun dia punya banyak kelemahan tetapi didalam ilmu Mu ya Allah, dosa-dosa ku lebih banyak, walaupun aku rasakan aku lebih baik daripadanya belum tentu ketika aku sampai keusia sepertinya aku akan terus istiqomah diatas jalanMu yang benar ini ya Allah. Semoga Engkau menerima amalnya dan amalku ya Allah.

Disaat itu saya terasakan seolah satu hijab gelap yang menutupi hati saya terangkat dan limpahan cahaya kehidupan kembali menerangi hati saya. Tidak ada lagi kebencian dan keresahan. Kemudiannya saya mencari kesempatan untuk bermaafan dengannya. Semenjak itu hati saya kembali menemui nikmat ketika ditempat kerja. Setiapkali bertembung wajah, senyuman begitu mudah terukir pada wajah saya bahkan kami mampu duduk berbual dan bercerita.

Saya tidak maksudkan kita tidak perlu membetulkan yang salah. Kata Ibnu Qayyim; Jika kamu ingin menyuruh yang ma’ruf pastikan ia menjadi ma’ruf. Ya, jika kita inginkan kebaikan, biarlah tindakan dan cara kita menghasilkan sesuatu yang baik atau lebih baik. Maknanya, setiap tindakan kita perlu disesuaikan dengan niat, cara dan masa yang baik. Kalaupun usaha kita tidak berjaya, yakinlah Allah menjanjikan ganjaran diatas usaha dan kesabaran kita.


Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka
Maafkan mereka
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
yang penuh duka lara
Maafkan mereka
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini ada hari datang dan pergi


DI MANAKAH SOLAT KITA ?





Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap Kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.


Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.


Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.


Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta .a, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.


Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.


Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.


Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.


Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.


Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).


Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.


Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.


Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana.


Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.


Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.


Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.



Sifat2 Syaitan yang Di ikuti Manusia

“Allah s.w.t berfirman;Apakah yang menghalangi engkau (sehingga)kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(iblis) menjawab”Aku lebih baik daripada dia.Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah“ (surah al-A’raf:ayat 12)

“(Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur” (Surah al-A’raf: ayat 16-17)
Antara sifat syaitan yang digariskan Quran adalah :


1.Sombong dan angkuh.


Syaitan adalah makhluk yang sombong dan angkuh.Ramai manusia bersifat seperti syaitan.”Kamu sekolah tak tinggi apa kamu tahu?”.


“Aku lulusan ekonomi sudah tentu aku bijak!”.”Buruk betul kereta itu….”


“Apa keja penyapu sampah,tak standart langsung….”


itulah antara ayat-ayat manusia sombong dan angkuh.Sifat sombong dan angkuh adalah sifat syaitan dan ianya diharamkan Allah.Sifat sombong akan menyebabkan seseorang masuk Neraka sbgmana sabda Baginda saw “Tidak akan masuk Syurga seseorang yang ada dalam hatinya sifat sombong walaupun sebesar atom”.


Manusia sombong dan angkuh kebiasaannya mempunyai sifat lebih sempurna contohnya menjadi pengarah,pegawai besar,orang kaya,memandu kereta mewah,berupa cantik,hidung mancung dan sebagainya.Manusia yang dikurniakan pelbagai kelebihan dan berbangga dgn nikmat yang dimiliki.


Mereka yang sombong adalah mengikut sifat syaitan dan layak dianggap teman syaitan.


2.Menyuruh kejahatan.


Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia hingga kiamat.Ia tahu bahawa dirinya bakal menjadi ahli Neraka dan mahu menjemput lebih ramai manusia ke Neraka bersamanya.


Manusia yang menyuruh kejahatan adalah manusia yang mencontohi sifat syaitan.


“Apa la kau dengar je,,marilah sama-sama mengumpat”.


“Masuklah insurans ini,tinggi dividennya…apa nak kira halal ke haram”.


“Tak payah solat…ini hari pengantin,nanti qadak je..”


“Dah berkurun nenek moyang kita ajar tangkal,ikut sahajalah”


“Saya bagi komisen kalu projek tu Pengarah beri syarikat saya”.


“Marilah dengar ceramah kebaikan Syiah..ia ajaran baik”.


“Kau nak beli nombor ekor tak?aku nak pi beli ni..kirim je kat aku”


“Tak patah tutup aurat..pakai je gaun seksi tue..ini hari pengantin..kahwin sekali je..”


Itulah antara ucapan dan kata-kata manusia menyeru kejahatan dan ianya adalah sifat syaitan durjana.Jika melihat manusia suka menyuruh maksiat dan kejahatan,ia membuktikan mereka mengikut telunjuk syaitan.


3.Tidak bersyukur.


Syaitan diberikan nikmat menjadi ahli syurga ketika belum dicipta Adam a.s namun ia kufur dan tidak bersyukur .Akhirnya syaitan dicampak ke dunia.Syaitan berjanji menghasut manusia agar tidak bersyukur sepertinya.


Kita lihat ramai manusia tidak bersyukur walaupun diberikan lima pancaindera.Allah wajibkan solat,solat ditinggalkan.Allah berikan rezeki sejak kecil,namun tidak bersyukur.Allah jadikan dunia sebagai indah namun ramai menulis dalam Facebook “Bosannya hari ini…”


Itulah manusia tidak bersyukur.


Ramai manusia tidak bersyukur hari ini.Dapat gaji RM1000 mahu gaji RM5000,memandu kereta Wira mahukan Mercedes,tinggal rumah flet,mahukan banglo,dikurniakan seorang anak,mahukan 10 anak.Sebagai manusia beriman perlu bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha gigih,bukannya mengeluh dan tidak bersyukur.


Ramai manusia bertanya “Mengapa jadikan aku miskin?”Mengapa jadikan aku hodoh?Mengapa jadikan aku buta?mengapa dan mengapa…sedangkan Allah memberi kelemahan dan kelebihan pada setiap manusia…


Ramai manusia buta namun mampu menghafal 30 juzuk Quran dengan sempurna.Ramai manusia celik tetapi tidak mampu menghafal Quran.Itulah kelebihan dan kekurangan.


Bekas pensyarah Universiti Islam Madinah dan juga Mufti Arab Saudi Almarhum syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimullah adalah manusia buta.Beliau menghafal Quran dan mampu menjadi pensyarah yang baik.


Diceritakan bahawa beliau berjalan tanpa tongkat dan tahu pelajar yang tidak berdiri pabila disuruh berdiri..amat hebat manusia buta ini…


Ketika saya belajar di Universiti,beliau telah menjawat jawatan Mufti….pensyarah sering menceritakan kisah-kisah ajaib tentang beliau.


Bersyukurlah kerana syukur itu Mahmudah dan tidak bersyukur itu sifat syaitan.


Manusia beriman itu perlu mengkaji ayat-ayat Quran agar tahu segala sifat syaitan dan menjauhi sifat-sifat tersebut.Syaitan adalah musuh Allah dan sesiapa yang mengikut sifat syaitan maka jadilah mereka syaitan dalam golongan manusia.

#http://www.halaqah.net/

Sifat Keji Sombong dan Takbur

SOMBONG atau takbur (takabbur) adalah sifat hati yang terkeji (madzmumi) dan merupakan satu daripada penyakit hati yang membawa akibat kebinasaan diri.


Pengertian tentang takbur dapat difahami daripada maksud beberapa hadis yang berikut :



Rasulullah bersabda:
“Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan mengganggap hina kepada orang lain”. (HR. Muslim)


Bersabda Rasulullah saw kepada sahabatnya, Abu Dzar :


“Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu”.


Rasulullah saw bertanya kepada sekumpulan Sahabat:




“Tahukah kamu, orang gila yang sebenar-benarnya?” Para Sahabat menjawab, “Tidak tahu, ya Rasulullah”. Lalu Rasulullah menjelaskan, “Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur, memandang rendah kepada orang lain, membusungkan dada, mengharapkan syurga sambil membuat maksiat dan kejahatannya membuat orang tidak aman dan kebaikanya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya”.


Berdasarkan kisah di dalam al-Qur’an, makhluk yang pertama yang diserang dan menjadi mangsa penyakit takbur ialah iblis (la’natullah). Walaupun diperintah oleh Allah swt, iblis enggan menghormati Adam a.s (manusia dan nabi Allah yang pertama) kerana dia menganggap dirinya lebih mulia daripada Adam. Katanya:




“Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah” 


Iblis lalu dilaknati oleh Allah swt kerana sifat degil dan takburnya itu. Sekurang-kurangnya dua akibat kecelakaan yang menimpa Iblis kerana ketakburnya :


Pertama, ia dimasukkan ke dalam golongan kafir. Allah Taala berfirman, mafhumnya: Ia (Iblis) enggan dan menyombong diri (takabbur) dan ia termasuk golongan yang kafir 
Kedua, ia dimasukkan ke dalam golongan orang yang terhina dan tidak layak tinggal di syurga. Allah berfirman, mafhumnya :




Turunlah engkau dari syurga itu kerana tidak patut (tidak layak) bagimu menyombong diri di dalamnya, maka keluarlah. Sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina. 


Sifat takbur itu yang dapat dikesan daripada tutur kata dan perlakuan zahir itu berpunca daripada lintasan hati yang mengandungi rasa tinggi atau besar diri di samping merendahkan mertabat orang lain atau menolak kebenaran.


Mengikut Abu Yazid: “Seorang hamba itu selama masih mempunyai sangkaan, bahwa antara makhluk ada orang yg lebih buruk atau lebih jahat amalannya daripada dirinya sendiri, maka orang itu bersifat takbur”. Lalu Abu Yazid ditanya, “Bilakah seseorang itu dapat disebut sebagai tawadhuk?” Abu Yazid menjawab, “manakala ia tidak tahu bagaimana kedudukan serta keadaan dirinya sendiri”.


Lawan sifat takbur itu ialah tawaduk (tawadhdhuk atau dhi’ah), iaitu lintasan rasa rendah dan hina diri, termasuk pernyataan perbuatan dan lisan. Dengan menyuburkan sifat dan sikap merendah diri dan pasrah kepada Allah, seseorang akan dapat mencegah penyakit takbur dan juga ujub.


Tawaduk itu adalah sifat hati yang terpuji (mahmudi). Sifat ini membawa kemuliaan. Orang yang berkenaan akan mendapat kedudukan (darjat) yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah saw bersabda, mafhumnya :




Allah tidak akan memberi tambahan kepada seorang hamba kerana gemar memberi maaf kecuali kemulian, dan tiada seorang pun yang merendahkan diri kerana mengharapkan keridhaan Allah kecuali Allah akan memberi tingkat yang tinggi kepadanya (HR. Muslim)


Takabur dan tawaduk masing-masing ada kalanya bersifat umum dan ada kalanya bersifat khusus.


Orang yang merasakan tidak memadai dengan kerendahan atau kesederhanaan hidupnya dikatakan terjatuh ke dalam Takbur Umum. Sebaliknya, orang yang merasakan sudah berpada dengan keperluan hidup sekadar yang ada, walaupun yang rendah atau sederhana mutunya, dia termasuk dalam tawaduk umum.


Adapun Takbur Khusus bersifat tertutup, tidak mahu menerima, malah tidak bersedia untuk menerima kebenaran daripada orang lain.


Lawannya ialah Tawaduk Khusus yang bersifat terbuka, sentiasa melatih diri untuk menerima kebenaran tanpa mengira sama ada orang yang membawa kebenaran itu hina atau mulia. Untuk mempertahankan tawaduk umum, kita hendaklah sentiasa ingat pengalaman pahit yang pernah menimpa diri kita sejak mula dilahirkan dan sentiasa menginsafi diri kita sebagai hamba Allah, sekurang-kurangnya sebagaimana yang dikatakan oleh ulamak: “Asal kamu daripada setitik mani (nuthfah) yang hanyir. Akhir kamu menjadi bangkai (mayat) yang busuk. Dan, diantara keduanya, sepanjang hayat, kamu menanggung kekotoran (najis) di dalam perut kamu”.


Untuk mempertahan tawaduk khusus pula kita hendaklah sentiasa mengingati seksaan Allah Taala sebagai pembalasan, sekiranya kita menyeleweng daripada kebenaran dan berpanjangan di dalam kebatilan.


Berbeza dengan sifat-sifat hati lain yang hanya mencederakan amal ibadat dan memudaratkan perkara “cabang” sahaja dalam agama, takbur memudaratkan perkara “pokok”, mencederakan agama dan akidah.


Sekurang-kurangnya takbur mengakibatkan empat kebinasaan:


Terhalang daripada mendapat sebarang kebenaran dan buta mata hati dalam makrifat terhadap ayat-ayat yang mengandungi pengertian tentang hukum dan hikmat Allah. Allah Taala berfirman, mafhumnya:




Aku akan memalingkan mereka dari ayat-ayat-Ku orang yang menyombongkan dirinya (takbur) di muka bumi tanpa alasan yang benar. 


Demikianlah Allah menguncikan hati setiap orang yang takbur lagi sewenang-wenang. 


Di murkai dan dibenci oleh Allah Taala, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:




Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membesarkan dirinya (takbur).


Diriwayatkan : Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah, “Hai, Tuhanku. Siapakah di antara makhluk-Mu yang paling Engkau murkai?”. Allah Taala berfirman, mafhumnya: Orang takbur hatinya, kasar lidahnya, terkelip-kelip matanya, bakhil tangannya dan jahat perangainya”.


Mendapat kehinaan dan deraan di dunia sebelum di akhirat. Bermadah Khatimul-Asham, “Jauhkan dirimu daripada mati dalam tiga keadaan, iaitu takbur, haloba (tamak) dan ujub. Sesungguhnya, orang yang takbur itu tidak dikeluarkan oleh Allah Taala dari dunia sehingga dia diperlihatkan dulu penghinaan ke atasnya kepada sekurang-kurangnya keluarganya sendiri. Orang yang loba tidak dikeluarkan dari dunia melainkan setelah merasa amat memerlukan secebis roti dan seteguk air kerana terlalu lapar dan dahaga tetapi tak lalu ditelannya. Dan, orang yang ujub juga tidak dikeluarkan dari dunia melainkan setelah diperlihatkan dirinya bergelumang dengan air kencing dan tahinya sendiri”.


Gambaran penghinaan di akhirat pula terdapat dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, Rasulullah bersabda :


“Orang-orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti kumpulan semut, dipijak-pijak oleh manusia kerana hinanya mereka di sisi Allah Ta’ala”.


Di seksa di akhirat dan dimasukkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah Taala (tersebut dalam Hadis Qudsi), mafhumnya:


Kebesaran itu selindang-Ku dan ‘adzmat (keagungan) itu kainku. Sesiapa merebut salah satu daripada yang dua itu, Aku masukkan dia ke neraka Jahannam.


Rasulullah bersabda :
“Tiada akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripada sifat takbur” (HR. Muslim)


Mengikut hadis yang lain, Rasulullah bersabda :


“Wahai Abu Dzar, barangsiapa mati dalam keadaan hatinya ada sebesar debu sahaja dari sifat takbur, dia tidak akan tercium bau syurga kecuali apabila aia bertaubat sebelum maut menjemputnya”.


Biasanya faktor yang menimbulkan rasa takbur di hati seseorang itu ialah sesuatu kelebihan atau keistimewaan yang dimilikinya. Banyak faktornya. Antaranya sebagaimana yang disenaraikan oleh Imam al-Ghazali, iaitu : Ilmu, ibadah / amal, keturunan, kejelitaan atau ketampanan rupa paras, kekayaan harta benda, kekuasaan / kekuatan dan ramai pengikut / kaum keluarga.


Demikianlah, memang sudah jelas sekali, sebagaimana yang telah pun berlaku. Iblis menjadi takbur kerana faktor keturunannya (asal kejadiannya), Fir’aun kerana kekuaasaannya dan Qarun kerana hartanya.


Jadi, sesiapa yang memiliki kelebihan atau keistimewaan dalam hal-hal yang tersebut, hendaklah berhati-hati agar tidak terhanyut di lautan ghaflah atau menjadi lupa daratan sehingga hatinya dihinggapi penyakit takbur.


Wallahu a’lam.


#Muhammad Isa al-Jambuli



8 Sifat Pakaian Wanita Islam






1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”



2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar


“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)



3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.


Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”


4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)


5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.




“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)


6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki


Telah berkata Ibnu Abbas:
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)



7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik


8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.




Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.





10 sifat calon suami yang baik:


Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Wednesday, 18 April 2012

Hati-Hati Dengan Kata-Kata Negatif Manusia


Di dunia ini, sedia kita maklumi bahawa, ada pelbagai jenis manusia. Ada yang amat periang, ada yang selalu senyum, amat pemarah, ada yang suka syok sendiri, suka riak dan berlagak pandai, tidak mahu mendengar pendapat orang, ada yang hanya tahu berkata-kata tapi hipokrit dan sejuta satu perangai lagi.

Sebelum saya terus menulis, saya ingin mengulangi lagi seperti yang saya katakan dahulu lagi, segala apa yang saya tulis adalah pendapat dan pandangan saya, tapi ia tidak semestinya betul dan perlu dipercayai dan diterima 100%. Anda baca dan nilailah dengan akal dan ilmu yang ada, bukan taqlid buta. Beringatlah selalu.


Di dalam perniagaan internet, kita sering menjumpai pelbagai jenis ragam manusia. Tatkala kita di peringkat awal memulakan perniagaan internet, kita banyak didatangi oleh mereka untuk memberikan nasihat kepada kita. Ada yang belum berjaya pun sudah mahu memberikan kita ‘peringatan’ dan nasihat, termasuklah yang sudah berjaya.


Ya, nasihat-nasihat ini amat bagus, teramat bagus sekali.


TETAPI, nasihat yang banyak, yang bercampur-aduk dan berbilang variasinya, akhirnya membuatkan seseorang yang menerima nasihat tadi bertambah keliru, “mana satu yang betul?”.


Si dia mengatakan A, yang lain mengatakan B dan pihak sana mengatakan C. Ada yang yang kata “ya”, ada yang kata “jangan”, ada yang kata “ok”, ada yang kata “benda tu tak betul”. Inilah pelbagai jenis pendapat manusia yang lain akal pemikirannya.


Sebagai contoh, katakan Ali bertanyakan satu soalan di forum: “macam mana nak mula ebiz ya?”. Maka, ramailah orang yang akan memberikan nasihat kepadanya. Beraneka jenis ‘nasihat’ dan pandangan:


“Awak buatlah affiliate dulu, mudah, kos rendah”.


“Buatlah adsense, dah ramai berjaya, lagipun mudah nak start”.


“Kalau tak nak ada produk sendiri, buatlah model dropship”.


“aku takat ni dah berjaya dalam ebiz buat servis jer. Buatlah apa yang kau mahir dan tahu..”.


“buatlah model produk digital macam ebook. Kos tak besar. Kalau tak tahu nak buat sendiri, gunalah produk RR, MRR dan PLR”.


Dan perhatikan pula pendapat negatif sebegini:


“Nak buat ebiz yer? First, tak perlu pergi seminar. Mengarut je banyak. Then, kau belajar je sendiri, tak perlu ada mentor. Benda kat internet ni banyak percuma!”.


“kau kalau nak buat duit kat internet, buat je model _ _ _ _ _ _ _. jangan mengada-ngada nak jual ebook ke apa”.


Dan banyak lagi pendapat-pendapat dan nasihat yang diberikan kepada si Ali. Pada mulanya beliau amat ‘excited’ dan bersemangat, namun akhirnya keliru yang diperolehi. Jalan terang yang mahu dicari, bersimpang-siur akhirnya.




Bukan tidak boleh bertanyakan pendapat di forum. Tetapi satu perkara yang perlu anda tahu, ia adalah tempat terbuka dan tiada sesiapa boleh menyekat seseorang ahli forum lain memberikan pendapatnya. Syarat yang perlu anda ada apabila mahu bertanyakan pendapat ramai orang, anda mestilah tahu memilih pendapat yang terbaik dan sesuai untuk anda.


TETAPI, andaikata anda seorang yang mudah lemah dengan pandangan yang negatif, mudah keliru dan tidak pandai memilih pendapat mana yang betul, maka nasihat saya, elakkan bertanya ramai orang.


Namun sifat biasa manusia, biasanya amat sukar untuk memilih dan membuat keputusan. Biasanya mudah keliru dan akhirnya masa terbuang begitu sahaja.


Penyelesaian?


Rujuklah satu pihak sahaja. Anda boleh bertanya kepada mana-mana usahawan internet yang telah ‘established’ mengenai permasalahan anda seperti apa yang perlu anda buat di saat awal permulaan. Mungkin anda boleh menyertai seminar mereka atau paling kurang hubungi mereka melalui emel atau membaca tulisan mereka (blog, buku, ebook..).


‘Established’ di sini bukan bermaksud sudah amat berjaya, tetapi mereka yang tahu apa yang perlu di peringkat awal. Ia sudah memadai. Kalau mahu merujuk mereka yang sudah berjaya, mungkin sedikit sukar melainkan anda membayar untuk masa mereka.


Dengan bertanya hanya pada satu pihak yang tahu apa yang patut untuk anda, ikutlah pandangan dan cadangan mereka. Tidak perlu lagi bertanyakan lain-lain orang dan pihak.


Hati-Hati…


Hatilah-hatilah di dunia ini. Begitu ramai yang berlagak pandai dan hanya tahu berkata-kata. Begitu ramai yang menyuruh orang berbuat itu dan ini, tapi dalam senyap dia sendiri melakukan yang bertentangan. Ini hipokrit namanya.


Hati-hatilah di dalam mendengar, membaca dan menerima pandangan manusia. Kadangkala ia terisi dengan niat yang jahat, kadangkala ia ikhlas dari dasar hati dan kadangkala ada niat lain di sebaliknya. Kita tidak dapat membaca apa niat dan tujuan mereka. TETAPI kita ada akal, ada keupayaan untuk menilai kata-kata mereka itu.


Nilailah dan nilailah dengan akal yang jernih sebelum menerima kata mereka. Jangan telan bulat-bulat dan jangan mudah terpedaya. Tak guna adanya akal kalau tidak mahu menilai dahulu.


Kata-Kata Negatif


Milikilah prinsip “percaya pada diri sendiri” dan sifat tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif manusia. Ingatlah satu pepatah, “kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang”. Jika anda lemah dan tiada prinsip yang teguh, anda mudah jatuh terbungkam apabila mendapat kata-kata yang begitu tajam.


Di dunia ini, kita begitu mudah mendapat sesuatu input yang negatif terutama daripada mereka yang tidak sukakan kita atau usaha yang dilakukan. Mereka akan berkata sesuatu dengan niat mahu menyakitkan hati kita, mahu melemahkan diri kita dan mengharap kita mengaku kalah.


Manusia sebegini memang ‘kotor’ hatinya kerana mahu melihat orang lain susah dan tidak mengerti bahawa dengan hanya kata-kata, mereka boleh memusnahkan hidup orang lain.


Jadi, hati-hati dengan kata yang negatif. Lindungilah diri anda dengan selalu berhubungan dengan mereka yang sama positif dengan anda. Jika anda seorang usahawan, selalulah berjumpa dan bersosial dengan usahawan yang lain. Wujudkanlah persekitaran yang lebih banyak ‘cas-cas positif’ agar yang negatif dapat dineutralkan.


Akhir sekali, “hati-hati dengan kata-kata negatif manusia. Ia mampu memusnahkan hidup anda”.


Wassalam.



WANITA SOLEHAH





Rasulullah bersabda yang bermaksud


“Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta’ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang.”
(Riwayat Al Bazzar).

Tuesday, 17 April 2012

Cara Tasbih Guna Jari

Kenali Lelaki Yang D.A.Y.U.S


Bukan mudah menjadi suami kerana tanggungjawab yang digalas oleh suami adalah sangat besar terutama dalam bab tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada isu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w tidak akan masuk syurga.
Nabi s.a.w bersabda:
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya: Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus. (H.R. Ahmad dan An-Nasaie; Albani mengesahkannya Sahih : Ghayatul Maram, no. 278)
Dalam sebuah hadith lain pula:

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ – تَبَارَكَ وَتَعَالَى – عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya: Tiga yang telah Allah haramkan baginya syurga: Orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan si dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya. (H.R. Ahmad)
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?
Erti Dayus
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu:
1. Sabda Nabi s.a.w:
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya: Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak. Lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? Bersabda Nabi s.a.w: Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya). (H.R. At-Thabrani; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
2. Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya: Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Nabi: Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah dayus, ia adalah seperti berikut:
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya: Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata: Cemburu lawannya dayus. (Umdatul Qari, 18/228)
Berkata pula An-Nuhas:
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya: Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram. (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir:
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya: Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya. (Faidhul Qadir, 3/327)
Imam Az-Zahabi pula berkata:
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya: Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya. (Al-Kabair, 1/62)
Imam Ibn Qayyim pula berkata:
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya: Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus Adalah Dosa Besar
Ulama’ Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar:
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya: Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320)
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini. Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya: Al-Qawwad (salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina. (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186)
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya:
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya: Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat. (Al-kabair, 1/45)



Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan’ kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi s.a.w bersabda:
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya: Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak). (H.R. Ahmad, no. 1445, 1/168)
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda menyebut tentang keterlanjuran mereka secara ‘ringan’ dan ‘berat’, mereka ingin mengetahui cara bertaubat.
‘Ringan-ringan’ Sebelum Kahwin
Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin ditegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumahtangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini    akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.
Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumahtangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak handphone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.
Pasti akan ada wanita yang kata, “Habis, kami ini tak payah check suami kami ke ustaz?” Jawabnya, perlu juga, cuma topic sekarang ni sedang menceritakan tanggungjawab suami. Maka perlulah fokus kepada tugas suami dulu.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi:
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya: Berkata Ubadah bin Somit r.a: Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Nabi s.a.w bersabda : Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad? Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
Bila Lelaki menjadi Dayus?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:
1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.
6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sama sekali.
9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati: “Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku.”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori dayus yang tiada ruang untuk ke syurga Allah s.w.t. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi s.a.w bersabda:
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya: Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid. (H.R. Ahmad; sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

EMRYS.COPYRIGHT